Menderita Rindu

img-20161001-00097color%20splasher

Rasanya tiada kuat aku meronta..
Akan kuatnya ikatan..
Yang membalut hatiku dalam
kebimbangan..
Dari sebuah harapan suci.
untuk meraih peruntungan diujung
negeri..
Walau harus melepas rantai kasih..
Yang terlalu sulit untuk
dimengertioleh sibuah hati..

Tiada hasratku..
Untuk menyisir jalan yang suram..
Jalan yang nampak indah dalam
khayalan..
Tiada mauku..
Untuk memutus rantai kasih..
Yang akan menghukum hatiku..
Dengan aroma napas rindu yang perih..

Bukan hati tiada menjerit..
Dikala belaian..
harus lepas dari dekapan
Bukan djiwa tiada meronta..
Dikala lambaian..
Harus membelah bongkahan sayang.
Namun untuk sebuah aksara..
dalam meraih butiran harta..
Kurela pedih..
Walau sayatan duka merobek hati..

Masihlah terbayang dalam ingatan.
Dikala wajah polosmu..
Meratap pilu untuk tiada ditinggalkan..
Yang melambai rindu akan belaian..
Yang menangis lirih..
dikala harus lepas genggaman..

Hingga bagai..
daun kering yang berserak dipelataran.
Yang terhempas angin laju terbang dan perputar..
Kubawa nasibku dengan tanpa arah..
Yang mungkin dapat mendekap bahagia..
Ataupun mungkin akan tercabik derita..

Duhai sayang
Dikala senyap meratap..
Kutitip rinduku pada sang bayu..
Yang mendesau lirih digelapnya malam.
Dengan berjuta lembaran do,a..
Agar kusamnya layar penantianmu..
Akan membuka tabir kebahagiaan..

Kini..
Biarlah canda hilang kerana..
Ataupun tawa musnah binasa..
Asalkan gumpalan derita..
menjadi pecah..
Asalkan gerbang bahagia..
Menjadi terbuka..
Walau mungkin..
Jasad matiku hanya berpulang nama.
Dari derita rindu yang terus..
– M E N Y I K S A –
Hmmm————–
————————

Tinggalkan Balasan