Aku Rindu

Dikala matahari senja perlahan
memerah..
Menyiram awan yang seakan bermandi
darah..
Tiada terasa deraiku menitiklah
sudah..
Terkenang kisah asmara yang tiada
sempurna..

Entah kemana kuharus ayunkan
langkah..
Sedang pasir dipesisir tiada lagi
indah..
Hampa dan gersang..
Bagai hatiku yang slalu rindu akan
belaian sayang..

Ingin rasanya aku menjerit..
Melepas sesaknya dada yang kian
sakit..
Ingin rasanya aku berlari..
Menerjang ombak hingga tenggelam
dan mati..
Hingga terlepaslah beban dihati..

Disini cinta bersemi..
Disini terukir janji..
Disini sayang itu terpateri..
Disini pula aku kembali sendiri..
Dengan menggenggam cinta..
yang tiada lagi engkau peduli..

Sungguh aku ingin bahagia..
Seperti burung bangau dengan
bentangan sayapnya..
Tiada derita..
Tiada nestapa..
Hanya bahagia dalam kisah cinta..

Duhai sayang..
Rinduku tiada batas..
Sayangku tiada puncak..
Ia berkilau bagai permata..
Ia mengalir bagaikan darah..
Dan berdetak tiada henti..
Pada rangkaian urat..
– N A D I –
Hmmm…….
———

Tinggalkan Balasan